menu-menu harian


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya

Cara-cara

  1. Scope
     Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
  2. Aiskrimgoreng1
     Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Aiskrimgoreng2
     Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
  4. Aiskrimgoreng3
     Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
  5. Aiskrimgoreng4
     Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
  6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
  7. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree. nah nak try new resipi,di copy dari www.myresipi.com cam best pulak


sup cendawan yang simple.. enak dimakan bersama roti atau nasi



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5-6 cendawan
  • carrot
  • isi ayam
  • isi ketam
  • tepung jagung
  • sos tiram
  • putih telur ( daripada sebiji telur)
  • sekeping tauhu

Cara-cara

  1. cendawan, tauhu, isi ayam, dan carrot dipotong nipis-nipis
  2. isi ayam dicampurkan dengan sesudu tepung jagung
  3. didihkan air didalam periuk dan masukkan isi ayam tadi
  4. masukkan cendawan, carrot, dan tauhu. isi ketam jangan masukkan terlalu awal takut terlalu hancur.
  5. masukkan 2 sudu sos tiram
  6. bancuh tepung jagung dengan sedikit air. masukkan ke dalam masakan tadi. pastikan kuah sedikit likat.
  7. tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
  8. bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti.




Ayam Madu

Dsc02179
macam kat kedai mamak daa..


Created on : 25-02-2009


 
5Share

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 chicken leg quarters (potong, dapat 2 drumsticks, 2 thigh, gorengkan. Tak perlu letak garam & kunyit.)
  • 3-4 biji buah pelaga hindi
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili/cili boh
  • 5 sudu makan madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda * sampai hancur
  2. Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bahan yang di kisar, buah pelaga dan bunga lawang sampai terbit bau.
  3. Masuk serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi.
  4. Masukkan madu. Biarkan.
  5. Masuk air dan biarkan kuah menjadi pekat. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan dan tambah garam secukupnya. Kalau kurang manis boleh campur sedikit gula atau tambah madu lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.n gue ubah sikit tdk pake kari tapi d ganti kicap,boleh tahan juge...



Sotong goreng

Sotong
Sotong goreng dengan lobak merah. Pilihan untuk kanak-kanak yang tidak suka sayur


Created on : 11-05-2006


 
35Share

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 ekor sotong saiz besar
  • 1/3 batang lobak merah- diparut
  • 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Bersih sotong. Potong kecik-kecik. Ikut sukalah. Lepas tu keringkan untuk mengelakkan meletup semasa menggoreng.
  2. Bancuh adunan dengan bahan-bahan lain. Biar jadi macam tepung goreng pisang
  3. Goreng dalam minyak penuh sehingga keperangan.

 nah buat kerupuk ikan:

  1. ambil ikan yg kecil,bole ikan pora2 or ikan bilis yg segar,bukan ikan asin
  2. kasi berih semua isi perutnya
  3. tiriskan
  4. giling bawang puteh,bawang merah,kunyit,halia sedikit,n gaulkan dengan ikan
  5. campurkan dengan tepung,
  6. kemudian goreng secara berkala,pertama di goreng setenga matang
  7. dinginkan,kemudian goreng kembali
  8. erm...gurih n garing deh..


Kek marble keju (kukus)

Dsc02522
cuba2 menjadi


Created on : 09-03-2011


 
127Share


Bahan-bahan ( 1 biji )

  • *5 keping slice chees
  • *1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan gula kasar
  • 1 cawan marjerin
  • 2 cawan tepung kek
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 penutup esen vanilla
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak,...


Kerepek lobak merah

Carot
makanan ringan sesuai untuk kanak-kanak tak suka makan sayur

Created on : 20-06-2006


 
123Share


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 60g lobak merah yg diparut
  • 100g tepung gandum
  • 2 sudu kecil cheese diparut
  • 1 1/2sb minyak masak
  • 1/4sk baking powder
  • garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan di atas. Uli sehingga jadi doh. Kalau keras boleh tambah sedikit minyak lagi.
  2. wrapping. Biarkan 15 minit.
  3. Canai setebal 2mm. Potong panjang lebih kurang 10cm panjang dan 2-3mm lebar
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 15-20minit atau sehingga rangup.


Ayam grill madu

Ayam_bakar
Ayam grill madu. Boleh juga dibakar.

Created on : 10-06-2006


 
470Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • ( TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Tag


Ayam Coca Cola

Ayam_coca_cola
Masakan Orang Filipina

Created on : 27-08-2006


 
493Share


Bahan-bahan ( 4 )

  • 2 ketul paha ayam (yang besar)
  • 1 tin coca cola
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 4 inci halia (diketuk)

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup.
  2. Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam.
  3. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.


Ayam oren goreng

Ayam
Ayam goreng rangup

Created on : 19-05-2006


 
46Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 ketul kepak ayam
  • *Bahan A *
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 jus oren
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
  • * Bahan B *
  • tepung gandum secukupnya
  • 2 biji oren
  • Italian parsley secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
  3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
  4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
  5. Hiaslah dengan parsley dan oren


Bahan-bahan ( 4~5 orang )

  • 5 ekor ikan
  • 1 btg lobak merah- hiris kecil memanjang
  • 1/2 batang timun- hiris kecil memanjang
  • 1/2 biji bawang besar- dihiris
  • garam kunyit
  • 2 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1/2 cawan cuka
  • sedikit ais asam jawa
  • garam gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Rendam lobak merah, timun dan bawang besar dengan cuka.
  2. Bersih ikan. Lepas tu letaklah garam kunyit.
  3. Goreng ikan dalam minyak banyak sehingga garing. Bila dah masak tu angkat dan letaklah di atas kertas tisu. Biar minyak kat ikan tu menyerap kat tisu.
  4. Buang minyak dalam kuali yg diguna untuk goreng ikan tadi. Tinggalkan sikit minyak kat kuali lebih kurang 1~2 sudu besar.
  5. Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  6. Sejatkan lobak merah, bawang dan timun tadi. Cuka yg lebih tu buang je lah.
  7. Bila yg dalam kuali dah mendidih. Masukkan yg no.6 tadi ke dalam kuali. Tambahlah garam dan gula.
  8. Bila dan cukup rasa tu. Boleh padamkan api. Jangan masak terlalu lama.. nanti sayur tu dah tak ranggup.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 12 ekor udang besar
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos
  • Daun bawang
  • Gula dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
  2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
  3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 12 ekor udang besar
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos
  • Daun bawang
  • Gula dan garam




0 ulasan:

Posting Komentar